Panduan Pembukaan Akaun SSPN Prime
Maklumat Pembukaan
Pendeposit / Penerima Manfaat
Penerima Manfaat: Anak / anak jagaan yang ingin didaftarkan.
Deposit RM20
Pendeposit perlu membuat deposit minima RM20 untuk pembukaan akaun baharu untuk penerima manfaat. Akaun akan aktif sampai bila-bila.
Warganegara
Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara untuk membuat pembukaan akaun SSPN Prime.
Panduan Mengisi Pembukaan Akaun Secara "Online"
Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuka akaun SSPN Prime dan klik pada gambar panduan untuk paparan lebih jelas.
1. Sila klik pada pautan pembukaan akaun dibawah:
【KLIK SINI】
https://online.sspn.my/bukaonline
Sila klik TUTUP "POP-UP" di terpapar pada pautan pembukaan akaun seperti paparan sebelah.
Disarankan anda untuk menggunakan paparan Webbrowser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk mendapat kualiti terbaik.
Nota: Jika anda pengguna myPTPTN anda boleh log masuk terus melalui aplikasi atau web aplikasi. Sila Klik Info Lanjut.
Langkah 1
2. Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
3. Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.
*Nota: Jika pelajar yang buka akaun SSPN untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 16 tahun keatas (cukup tahun dan bulan).
4. Sila pilih keturunan anda.
5. Sila masukkan no. KP pendeposit.
*Nota:
Bagi pelajar ingin Memohon Pinjaman PTPTN.
➠Mestilah berumur melebihi 16 tahun anda boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “Akaun Untuk Diri Sendiri” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
➠Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak sendiri atau anak jagaan sah/anak tiri (Pilih “1.Akaun Untuk Anak Sendiri [atau] 2.Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah/Anak Tiri” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan taksiran cukai.
7. Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut No. KP pada item No. 5.
Langkah 2
8. Sila isikan pekerjaan pendeposit.
9. Sila isikan pendapatan pendeposit.
10. Sila masukkan alamat semasa.
11. Sila masukkan poskod.
12. Sila masukkan no. tel rumah.
13. Sila masukkan no tel. bimbit
14. Sila masukkan email.
Langkah 3
15. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/ atau jagaan. Nota: Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 1)
16. No KP penerima manfaat.
17. Pilih jantina.
18. Tarikh lahir (automatik dari janaan no KP diatas).
19. Nama waris terdekat (jika ada).
20. No KP waris (jika ada).
22. No tel waris (jika ada).
Langkah 4
23. Masukkan amaun deposit serendah RM20.
24. Masukkan Kod Eksekutif PTPTN (EP) iaitu: 000002008
Nota: Kod EP adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN.
(Kegagalan memasukkan KOD EP menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)
25. Sila klik tick pada checkbox.
26. Sila klik pada butang Hantar.
*Nota: Sila buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.
Langkah 5 - Paparan Pembayaran.
➠Dipaparkan No Akaun SSPN anda serta amaun yang dimasukkan pada langkah 4 diatas.
➠Sila klik pada butang Bayar
Langkah 6 - Paparan Pembayaran.
➠Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
Nota: Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan ini.
➠Sila masukkan alamat email yang aktif.
➠Sila klik tick "I agree with...." dan klik pada butang "Bayar dengan FPX".
Langkah 7 - Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.
➠Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN Prime anda telah berjaya.
Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.
Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.
*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" / "FPX Transaction" / Resit daripada Bank Pembayar untuk simpanan atau rujukan akan datang.
[1] No. Akaun SSPN Prime akan dihantar secara automatik melalui emel selepas pembukaan akaun berjaya. Pendeposit boleh menggunakan no. akaun tersebut untuk membuat penambahan deposit atau permohonan pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN (bagi pelajar).
[2] Surat Akuan Pembukaan Akaun SSPN Prime akan dihantar melalui emel setelah kami menerima maklumat lengkap daripada anda. Proses maklum balas akan diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja. Sila hubungi kami jika perlukan bantuan.
☛ PENTING:
Langkah 8 - Surat Pengesahan "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime"
➠ Untuk mendapatkan surat "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime, anda perlu e-mail dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan e-mail dibawah:
E-mail:
Tajuk Email: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN Prime
Alamat Email: [email protected]
Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit
(tanpa simbol "-", contoh: 870101095147) serta Lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway / FPX Transaction / Resit daripada Bank Pembayar" yang telah disimpan / screenshot pada Langkah 7, dan hantarkan melalui e-mail diatas.