Panduan Penambahan Deposit SSPN Prime
Melalui Saluran FPX Online
Selamat & Terjamin
Tiada Limit Transaksi
Pengesahan Segera
Pendeposit boleh membuat semakan dengan kadar segara selepas membuat penambahan deposit ke dalam akaun SSPN Prime.
Panduan Mengisi Penambahan Deposit Secara "Online"
Langkah 1
☛Klik pada link pembukaan akaun 【KLIK SINI】atau ➜ https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/deposit
1. Masukkan No. Akaun SSPN Prime anda,
2. Masukkan amaun deposit anda ke dalam akaun SSPN.
[Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan bersama SSPN Prime sehingga RM8000 setahun serta berpeluang menyertai Kempen Cabutan WOW! 25Tahun PTPTN ]
3. Klik pada Hantar
Nota:
Jika ada terlupa nombor akaun SSPN Prime (Nombor SSPN), <Klik Sini>
Untuk makluman, SSPN Prime atau SSPN adalah akaun yang sama sahaja.
Langkah 2
4. Sila buat semakan sekali lagi bagi No. Akaun SSPN anda serta semakan amaun deposit.
Langkah 3
5. Pilih salah satu akaun perbankan internet anda.
6. Masukkan e-mail anda.
7. Tick pada check box "I agree with the FPX...."
8. Seterusnya klik pada "Bayar dengan FPX"
Langkah 4
Tahniah, Deposit anda telah "BERJAYA".
Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran deposit selesai pada PTPTN Payment Gateway.
Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.
*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" / "FPX Transaction" / Resit Bank Pembayar untuk simpanan atau rujukan akan datang
.
Langkah 5
☛Rujuk dibawah ini...
.
.
Langkah 5
Lakukan Pengesahan SegeraDeposit Anda!
❗❗PENTING:
Pendeposit Disarankan Untuk Melakukan Pengesahan SEGERA Transaksi Penambahan Yang Telah Dibuat. Sila Pilih Salah Satu Kaedah Dibawah...
Kaedah 1 : E-mail
Alamat E-mail: [email protected]
.
Kaedah 2: Whatapps
No Tel Whatapps: +6011 - 6363 3000
Pautan Link WA: https://tanyasspn.wasap.my/
Pengesahan Deposit
Makluman: Jika anda terlupa untuk simpan resit 'URUSNIAGA PTPTN GATEWAY' (langkah 4) anda boleh berikan resit FPX Transaction Status yang dihantar melalui email anda serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit dan hantarkan salah satu kaedah diatas.