Promosi Gong Xi Ang Pow 2022
Syarat Penyertaan
2. Membuka akaun baharu atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
3. Setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
4. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) & tidak boleh buat pengeluaran bermula 16 Februari sehingga 31 Mac 2022.

Hadiah Keseluruhan Hampir RM100,000 Untuk Dimenangi
Hadiah Pertama
1 Pemenang x 14 Negeri

HADIAH KEDUA - PERIUK TEKANAN TINGGI

HADiAH KETIGA - BASIKAL LIPAT

saguhati - ANG POW RM388

Terma & Syarat Promosi
1.Apakah Kempen Gong Xi Ang Pow 2022?
Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ merupakan salah satu kempen simbolik yang diadakan bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang sama-sama dirasai oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. “Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari- Hari Mesti Mau Simpan Tau” adalah tagline bagi tahun 2022 yang mana ianya sinonim dengan ucapan Gong Xi Fa Cai (Semoga kebahagian dan kekayaan bersamamu). Kempen ini dianjurkan di Peringkat Negeri dan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000.00 untuk dimenangi.
2.Bilakah tempoh kempen ini bermula?
Tempoh kempen ini bermula pada 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022.
3.Siapakah yang layak untuk menyertai Kempen Gong Xi Ang Pow 2022?
Semua pendeposit Simpan SSPN (Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus) yang membuat pembukaan dan penambahan akaun dalam tempoh kempen, tertakluk kepada terma dan syarat penyertaan.
4.Apakah syarat-syarat untuk menyertai Kempen Gong Xi Ang Pow 2022?
- i. Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;
ii. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
iii. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
iv. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;
v. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga 31 Mac 2022.
Pendeposit perlu memastikan simpanan bersih* minimum RM50 untuk melayakkan pendeposit menyertai kempen ini.
*Simpanan bersih adalah wang yang disimpan di dalam tempoh kempen ditolak dengan wang yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama.
6. Berapakah bilangan kelayakan cabutan bagi Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022'?
Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.
7. Adakah pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan?
Tidak. Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 16 Februari sehingga 31 Mac 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dan perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dalam tempoh kempen.
8. Bagaimanakah penentuan kelayakan cabutan di peringkat negeri?
Penentuan kelayakan cabutan di peringkat negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.
Hadiah | Bilangan Hadiah |
---|---|
Pertama : TV Pintar 4K 50’’ | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Kedua : Periuk Tekanan Tinggi | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Ketiga : Basikal Lipat | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Saguhati : Ang Pow bernilai RM388 | 5 Pemenang X 14 Negeri |
10. Bagaimanakah makluman kepada pemenang hadiah Kempen Gong Xi Ang Pow 2022 akan dibuat?
Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my
11. Dimanakah pemenang boleh membuat tuntutan hadiah?
Tuntutan hadiah yang dimenangi boleh dituntut di Pejabat PTPTN Negeri yang berkaitan.
12. Bilakah hadiah tunai Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ akan dikreditkan ke akaun pemenang?
Hadiah tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan.
13. Adakah hadiah berbentuk ganjaran tunai Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ yang dimenangi, layak untuk diambil kira sebagai kiraan pelepasan taksiran cukai?
Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi oleh pendeposit adalah TIDAK LAYAK untuk diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan cukai. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.



Langkah Deposit Kempen Gong Xi Ang Pow 2022

1. buka akaun & deposit simpanan
2. Simpan
Resit
3. Hantar
Resit
(Emel: [email protected])
