PANDUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

BAYARAN SECARA DALAM TALIAN

Pembayaran Menggunakan FPX

Kini anda boleh melakukan pembayaran pinjaman pendidikan dengan sangat mudah, iaitu secara online FPX dan kad kredit. Dimana anda berada, kini tiada masalah untuk melakukan pembayaran. Kami sentiasa bersama anda untuk membantu jika ada perlukan sokongan.
Image
Image
Image

Online Jer! dengan myPTPTN

Jimatkan Masa

Anda tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk ke kaunter.

Bantuan Sokongan

Anda boleh berhubung dengan Eksekutif Pemasaran untuk bantuan .

Semakan Pembayaran

Semakan boleh dibuat terus selepas pembayaran dilakukan. Ia sangat mumudahkan.

Selamat & Dijamin

Anda tidak perlu membawa wang yang banyak untuk membuat bayaran.
PERHATIAN:
Pastikan anda telah membuat pendaftaran myPTPTN terlebih dahulu sebelum anda mengikut panduan dibawah ini. Jika belum mempunyai akaun, sila daftar telebih dahulu. Klik butang dibawah

Panduan Mudah Pembayaran

Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 1

Peminjam perlu melayari laman rasmi PTPTN untuk log masuk ke dalam semakan penyata baki :
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing
[KLIK SINI]

1. Sila masukkan no. kad pengenalan anda.

Nota: Kami mencadangkan anda menggunakan pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome
Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 2

2.Sila klik  [X] iaitu butang tutup POP-UP. 
.
Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 3

Ini adalah paparan Laman Utama myPTPTN anda.

3. Sila klik pada PEMBAYARAN PINJAMAN pada bahagian Pautan Pantas. Sila rujuk pada gambar rajah diberikan.
Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 4

4. Sila masukkan No. Kad Pengenalan peminjam yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

5. Sila klik pada butang Seterusnya.
Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 5

Pada langkah ini, anda perlu membuat semakan berkenaan maklumat peminjam.

6. Akan dipaparkan nama peminjam berdasarkan No. Kad Pengenalan yang anda masukkan pada Langkah 4 (4). Pastikan ia betul.

7. Sila tandakan / tick pada kursus pengajian anda. 

8. Sila klik pada butang Seterusnya.
Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 6

9. Sila masukkan amaun bayaran pinjaman anda selepas diskaun berdasarkan SPB yang telah dikeluarkan oleh Eksekutif Pemasaran.

10. Sila masukkan Kod Eksekutif PTPTN: 000002008
(Kegagalan memasukkan Kod EP menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Surat Pengesahan Pembayaran)

11. Sila pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan.
i) Pembayaran melalui FPX (lebih 10 bank tersedia)
ii) Pembayaran melaui Debit atau Kad Kredit.

12. Sila klik SAH & BAYAR.

Nota: Jika anda ingin membuat bayaran separuh/penuh (diskaun 10%) sila masukkan amaun berdasarkan Surat Pengesahan Baki ke dalam kotak seperti paparan 9. Hubungi Eksekutif kami jika perlukan bantuan: 6011-6363 3300 (Whatsapp sahaja)

Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 7

Tahniah! Pembayaran anda telah BERJAYA.

Selepas anda selesaikan transaksi pembayaran (Langkah 6) akan dipaparkan resit pembayaran FPX / Maklumat Transaksi.

13. Sila cetek resit ini, rujuk nota dibawah.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan " Maklumat Transaksi / Urusniaga PTPTN Payment Gateway" untuk simpanan atau rujukan akan datang.

**Jika anda gagal simpan resit ini, anda juga boleh screenshot penyata transaksi pada bank pembayar anda, untuk transaksi pembayaran ini sahaja.

Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar [+]

LANGKAH 8

1. Surat Pengesahan Pembayaran
➠ Surat ini akan diberikan kepada peminjam apabila pembayaran telah selesai dan berjaya mengikut panduan diberikan ini. 

2. Surat Penyelesaian Hutang
➠ Surat ini akan diberikan kepada peminjam yang telah membuat pembayaran penuh pinjaman  sahaja. Surat ini akan dikeluarkan pada 14hb keatas, bulan berikutnya.


LANGKAH 9
-Rujuk dibawah..

LANGKAH 9

LAKUKAN PENGESAHANSEGERA PEMBAYARAN PINJAMAN ANDA

[PENTING] Sila pilih salah satu kaedah dibawah ini:

Kaedah 1 : Emel

Tajuk Emel: PTPTN-Semakan Pembayaran Pinjaman
Alamat Emel: [email protected]
Nota: Sila lampirkan / attach resit "Maklumat Transaksi/ Resit daripada Bank Pembayar yang telah disimpan/ screenshot  pada Langkah 6, serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada emel diatas.

.

Kaedah 2: Whatsapp

Tajuk Whatapps: PTPTN-Semakan Pembayaran Pinjaman
No Tel Whatapps: +6011-63633000
Pautan Link WA: https://TanyaPTPTN.wasap.my/
Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gatewayyang telah disimpan/ screenshot  pada Langkah 6 serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada no. tel. whatsapp diatas.

Pengesahan Pembayaran Pinjaman

Nota: Selepas anda menghantar slip pembayaran (Langkah 7) kami akan memberikan "Surat Pengesahan Pembayaran" yang anda lakukan.

Makluman: Jika anda terlupa untuk simpan resit 'Maklumat  Transaksi' (Langkah 7) anda boleh berikan bukti bayaran yang direkodkan dalam penyata bank anda serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit dan hantarkan salah satu kaedah diatas. Sila Whatsapp jika perlukan bantuan: 6011-6363 3000 (Whatsapp Sahaja)