Panduan Mudah Penambahan Deposit SSPN Plus

Melalui Saluran FPX / Kad Kredit

 Selamat & Terjamin

Tanpa membawa wang tunai ke kaunter untuk penambahan deposit serta anda boleh lakukan di mana-mana jua berada dan tanpa mengira masa.

Tiada Limit Transaksi

Pendeposit boleh membuat penambahan deposit terus ke akaun SSPN Plus tanpa limit transaksi harian lebih memudahkan.

Semakan Deposit

Pendeposit boleh membuat semakan dengan kadar 1-7 hari bekerja selepas pembayaran berjaya selesai dilakukan.

Panduan Mudah Penambahan Deposit Secara "Online"

Sila rujuk panduan bermula Langkah 1 hingga Langkah 6 dibawah ini. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Langkah 1
☛Klik pada link pembukaan akaun 【KLIK SINI】atau ➜ [https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/deposit/]

1. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit

Klik butang "SEMAK"

Untuk makluman, SSPN-i Plus telah dijenamakan kepada SSPN Plus.

Langkah 2
2. Sila buat semakan berkenaan simpanan akaun yang tertunggak dan klik "SETERUSNYA".

Langkah 3
3. Dipaparkan jumlah akaun SSPN Plus yang tertunggak.
4. Masukkan e-mail anda.
5. Sila masukkan jumlah bayaran amoun yang tertunggak, mengikut (point 3) diatas.
6.
Seterusnya klik pada "SETERUSNYA"

Langkah 4

Sila semak kembali berkenaan pembayaran yang anda ingin lakukan.

Jika semua maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat sila klik "BAYAR"

Langkah 5

8. Sila semak kembali emel anda.

9. Sila pilih bank pembayaran yang anda inginkan.

Jika semua maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat sila klik "TERUSKAN"

Nota: Anda juga boleh menggunakan kad kredit untuk pembayaran Simpan SSPN Plus.

Langkah 6
RESIT PENAMBAHAN DEPOSIT


Paparan menunjukan pembayaran telah berjaya dilakukan.

Anda disarankan menyimpan resit pembayaran dengan mencetak resit (klik pada 11 dalam gambar).


PEMBAYARAN DEPOSIT SELESAI

Pendeposit Boleh Membuat Semakan 1-7 Hari bekerja Dalam Penyata

Perlukan Bantuan?

Pendeposit boleh menghubungi talian khidmat pelanggan 03-2193 3000 untuk mandapatkan bantuan atau semakan berkenaan penambahan deposit anda.

1 Simpanan, Pelbagai Keistimewaan

Pastikan akaun anda terus kekal aktif dan tiada tunggakan. Terima kasih bersama Simpan SSPN

Manfaatkan Saat Ini..

Kongsikan bersama-sama kenalan anda di laman sosial sekarang