Ganjaran Untuk Semua
Ganjaran Kesetiaan SSPN-i
merupakan pemberian ganjaran tambahan oleh PTPTN kepada "pendeposit SSPN-i yang setia" sebagai tanda penghargaan di samping pemberian dividen tahunan.
Khas kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018
Ganjaran Kesetiaan 1% bagi simpanan minimum RM500 di dalam tempoh kempen
Antara Keistimewaan SSPN-i
Dijamin Kerajaan
Simpanan anda dijamin oleh Kerajaan Malaysia
Dividen Kompetitif
Pulangan keuntungan daripada simpanan
Pelepasan Cukai
Pelepasan cukai RM8000 untuk setahun
Geran Sepadan
Pemberian Geran Sepadan bagi keluarga yang layak.
Tahukah anda?
Deposit terkumpul
RM7.88 bilion sehingga Disember 2020.
Ini merupakan satu angka yang sangat membanggakan khas untuk semua keluarga SSPN sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004.
0
Akaun SSPN dibuka tahun 2020
0
Jumlah Deposit tahun 2020
0
Keuntungan Pelaburan 2020

Syarat Penyertaan
Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018 (“akaun yang layak”)
Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa) tanpa ada pengeluaran daripada mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen
Pendeposit perlu membuat semakan berkenaan ganjaran yang ditawarkan dengan memasukkan nombor KP. Klik di bawah ini.
Pengalaman Bersama SSPN
Apa Kata Pendeposit SSPN yang Setia?
Mereka tahu bahawa SSPN bukanlah sekadar simpanan sahaja, malahan pelbagai keistimewaan diberikan untuk semua pendeposit yang setia.
“Simpanan pendidikan terbaik dengan yang perlu dimanfaatkan.”
“Dividen dan ganjaran SSPN manarik saya untuk bersama SSPN.”
"SSPN adalah pihak terbaik bagi saya kerana keistimewaan tiada ditawarkan lain-lain tempat.”
“SSPN adalah pilihan terbaik untuk anak-anak saya demi masa depannya”
Apakah yang dimaksudkan dengan Ganjaran Kesetiaan SSPN-i?
Ganjaran Kesetiaan SSPN-i merupakan pemberian ganjaran tambahan oleh PTPTN kepada ‘pendeposit SSPN-i yang setia’ sebagai tanda penghargaan di samping pemberian dividen tahunan. Berbeza dengan dividen, Ganjaran Kesetiaan SSPN-i diberikan atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.
Bilakah kempen ini bermula?
Kempen ini bermula pada 24 Februari 2021 dan berakhir pada 30 April 2021.
Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
Kempen ini adalah untuk pendeposit SSPN-i yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:-
Membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018;
Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa) tanpa ada pengeluaran daripada mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen.
Berapakah nilai Ganjaran Kesetiaan SSPN-i yang ditawarkan di dalam kempen ini?
Kadar Ganjaran Kesetiaan SSPN-i adalah sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.
Adakah pendeposit layak menerima Ganjaran Kesetiaan SSPN-i sekiranya telah mengeluarkan wang daripada akaun SSPN-i yang lain (akaun yang tidak layak di dalam kempen ini) semasa tempoh kempen berlangsung?
Tidak layak kerana ia dikira pengeluaran di bawah pendeposit yang sama.
Bilakah pemberian Ganjaran Kesetiaan SSPN-i akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak?
Ganjaran Kesetiaan SSPN-i akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun yang layak pada bulan Julai 2021. Pendeposit hendaklah memastikan tiada pengeluaran simpanan daripada akaun yang layak sehingga 30 Jun 2021 bagi melayakkan pemberian ini.
Adakah Ganjaran Kesetiaan SSPN-i layak dividen tahunan?
Layak, ini merupakan nilai tambah yang diberikan oleh PTPTN kepada pendeposit.
Adakah Ganjaran Kesetiaan SSPN-i layak untuk potongan cukai di bawah SSPN?
Tidak layak, ini adalah kerana Ganjaran Kesetiaan SSPN-i yang ditawarkan kepada pendeposit tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan yang layak dituntut oleh pendeposit. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Di manakah pendeposit boleh membuat penambahan simpanan SSPN-i?
Pendeposit boleh membuat penambahan simpanan secara online dengan melayari www.sspn.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik
MUAT TURUN SOALAN LAZIM (KLIK SINI)