Panduan PENDAFTARAN MYPTPTN
MELALUI WEB APLIKASI MYPTPTN DAN PENGESAHAN EKYC
Syarat-Syarat Pendaftaran
Warganegara
Kad Pengenalan Awam
Berumur 18 Tahun Keatas
Pendaftaran untuk Aplikasi myPTPTN hanya dibenarkan berumur 18 tahun keatas.
Mempunyai Tel. Bimbit & Emel
Langkah Mudah Pendaftaran myPTPTN

Langkah Mudah Pendaftaran
Daftar Melalui Web Aplikasi myPTPTN dan Muat Turun Aplikasi
Anda boleh membuat pendaftaran kali pertama melalui Web Aplikasi atau terus melalui muat turun aplikasi di telefon pintar anda.
[KLIK UNTUK DAFTAR]
Langkapkan Maklumat dan Aktif
Log Masuk Melalui Telefon Bimbit
Panduan Pendaftaran "myPTPTN"
Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum anda membuat pendaftaran dan klik pada gambar panduan untuk paparan lebih jelas.
Sila klik pada pautan pendaftaran myPTPTN dibawah:
【KLIK SINI】
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/register
1. Sila masukkan nama penuh seperti ejaan dalam Kad Pengenalan.
2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda.
3. Sila klik butang "Seterusnya".
Disarankan anda untuk menggunakan paparan Webbrowser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk mendapat kualiti terbaik.
.
Langkah 3
5. Sila semak kembali Nama Pengguna dan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan pada (Langkah 1)
6. Sila masukkan emel anda yang aktif dan boleh diguna pakai.
7. Sila masukkan No. Telefon Bimbit anda yang aktif.
Langkah 4
8. Sila masukkan Poskod kediaman anda. Bandar dan negeri akan dijana secara automatik berdasarkan maklumat poskod anda.
9. Sila masukkan kata laluan anda untuk pendafataran ini.
Info: Katalaluan yang dibuat mestilah memenuhi; huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contoh: Sspn123456_
Sila klik pada info katalaluan untuk mendapat info lebih lanjut.
Langkah 5
10. Sila pilih Frasa & Ikon Keselamatan anda.
11. Sila masukkan abjad frasa keselamatan anda.
12. Sila "tick" tanda setuju dengan maklumat yang anda berikan.
13. Sila klik pada butang "Seterusnya"
Langkah 6
14. Sila "MOHON TAC" dan "TAC" akan dihantar melalui SMS ke talian yang anda masukkan.
15. Sila masukkan No. TAC yang dihantar melalui SMS. Sila semak inbox/peti masuk telefon bimbit anda.
Langkah 7
Tahniah Pendaftaran myPTPTN anda telah berjaya.
Sila semak emel anda yang didaftarkan untuk membuat pengesahan.
16. Selepas anda klik pengesahan yang dihantar melalui emel, anda boleh klik log masuk.
Nota: Rujuk Langkah 8 untuk paparan emel pengaktifan.
Langkah 8
Paparan menunjukkan pautan pengaktifan pendaftaran myPTPTN anda. Sila klik pada "PAUTAN" untuk lengkapkan pendaftaran.
Langkah 9 - Proses Log Masuk
17. Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda yang didaftarkan.
Langkah 10 - Proses Pengesahan Identiti
18. Anda perlu muat turun aplikasi myPTPTN sekarang melaui telefon pintar anda. Sila pilih sistem operasi yang menyokong peranti anda.
Anda boleh mendapatkan juga pautan muat turun aplikasi ini disini. [KLIK SINI]
Langkah 10 - Proses Pengesahan Identiti Melalui Peranti Anda.
Selepas selesai muat turun aplikasi myPTPTN pada peranti anda, sila buka aplikasi tersebut untuk log masuk kali pertama.
Sila masukkan No. Kad Pengenalan, frasa keselamatan (janaan auto) dan kata laluan yang anda telah daftar (Langkah 4).
Tips Memudahkan Proses eKYC:
1.Pengcahayaan mengcukupi.
2. Imej kad pengenalan dan swafoto wajah jelas berada didalam fokus bingkai.
3. Berpenampilan yang sesuai dan tidak memakai penutup muka.
Nota: Semua maklumat adalah sulit dan dilindungi oleh PTPTN. Sila hubungi khidmat pelanggan kami jika ada masalah semasa proses pendaftaran ini di talian: 03-21933000.