Semakan Penyata & Panduan E-SSPN Online

Semakan penyata & panduan lengkap untuk pendeposit membuat pendaftaran kali pertama menggunakan E-SSPN Prime Online.

E-SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain. Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar E-SSPN Online sila klik "Semakan Penyata" untuk akses.

Panduan Mudah Daftar E-SSPN Online

Image

Langkah 1

1. Layari Portal Rasmi PTPTN, atau klik pada pautan dibawah:
https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html

2. Klik pada "Daftar Pengguna Baru"
Image

Langkah 2

1. Masukkan No. Akaun SSPN

2. Masukkan alamat email semasa pendaftaran SSPN secara online.

3. Sila sahkan alamat email yang diberikan.

4. Masukkan No. KP (Penerima Manfaat) semasa pendaftaran SSPN.

5. Masukkan poskod. Poskod mestilah sama seperti pendaftaran akaun SSPN dibuat.

6. Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456

7. Sila sahkan kata laluan yang digunakan.

*Masukkan kod abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.

8. Klik pada SIMPAN.
Image

Langkah 3

Sila buka PETI MASUK email anda untuk semakan pengesahan pembukaan. Sila klik pada pautan berwarna biru untuk pengesahan.

Nota: Jika tiada dalam PETI MASUK, sila semak pada folder lain, seperti SPAM, Junk atau lain-lain.

Email digunakan adalah: [email protected]
Image

Langkah 4

1. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit tanpa "-". Contoh: 861322035052

2. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan (rujuk langkah 2)
Image

Langkah 5

Pada laman ini, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.

1. Klik pada No. Akaun SSPN untuk membuat semakan baki terperinci/terkini.

2. Klik pada bahagian "Pengeluaran SSPN" jika pendeposit ingin membuat pengeluaran.

Nota: Untuk kekal aktif minimum baki RM20 perlu ditinggalkan untuk pengeluaran.

3. Pendaftaran direct debit jika pendeposit untuk membuat caruman bulanan, melalui potongan akaun bank.

4. Penyata hasil untuk pendeposit mendapatkan bagi pelepasan cukai taksiran untuk gunaan pihak HASIL.

Deposit SSPN Prime Sekarang

Deposit serendah RM20.00 dan nikmati pelbagai keistimewaan disediakan.