Image

Panduan Pengeluaran Deposit SSPN Prime

Secara Online

Pendeposit

Maklumat pengeluaran mestilah mengikut maklumat pendeposit seperti no. akaun bank dan lain-lain.

Waktu Pengeluaran

Waktu yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran secara online bermula 7.00am - 7.00pm hari bekerja.

Baki Minimum

Pendeposit perlu mengekalkan baki minimum RM20 ke dalam akaun SSPN Prime untuk akaun terus kekal aktif.

Panduan Pengeluaran Deposit Secara "Online"

Sila rujuk panduan bermula Langkah 1 hingga Langkah 5 dibawah ini. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Langkah 1
☛Klik pada link Online E-SSPN-i 【KLIK SINI

1. Masukkan No. IC Pendeposit
2. Masukkan Password 

Jika anda belum membuat pendaftaran  Online E-SSPN-i anda boleh rujuk panduan yang disediakan ini. [KLIK SINI]

Langkah 2
Dipaparkan halaman menu dalaman sistem E-SSPN-i. 

3. Pendeposit pilih akaun simpanan yang ingin membuat pengeluaran.

Langkah 3
Dipaparkan sistem dalaman Pengeluaran SSPN Prime Online

4. Pendeposit boleh memilih akaun yang ingin dikeluaran. Juga dipaparkan jumlah baki penuh simpanan.

Langkah 4
Dipaparkan dalaman sistem Maklumat Pengeluaran.


5. Masukkan amoun RM yang ingin dikeluarkan.

6. Pilih akaun nama bank pendeposit untuk pengeluaran.

7. Masukkan no. akaun bank pendeposit.

8. Masukkan no tel. pendeposit.

9. Masukkan email aktif pendeposit.

10. Sila tick pada kotak tersebut.

11. Klik pada "HANTAR"

Langkah 5

Permohonan "BERJAYA"
Proses bayaran akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja ke dalam akaun bank pendeposit. Makluman juga akan diberikan melalui email.

❗❗PENTING:
Pastikan maklumat yang disi semasa permohonan pengeluaran adalah maklumat pendeposit. Jika memasukkan selain pendeposit asal, permohonan akan dibatalkan.

Sertai SSPN Prime Sekarang

Deposit pembukaan akaun hanya RM20.00 dan nikmati pelbagai keistimewaan disediakan.

Manfaatkan Saat Ini..

Kongsikan bersama-sama kenalan anda di laman sosial sekarang