Permohonan Pinjaman PTPTN

Langkah Mudah Pendaftaran Permohonan

Sebelum membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian pastikan anda telah:

Menerima tawaran IPT

Pastikan anda telah menerima surat tawaran kemasukkan ke IPTA/IPTS

Mempunyai akaun bank

Anda hendaklah membuka akaun bank panel mengikut IPT anda. Untuk semakan bank panel IPT boleh [KLIK SINI] atau hubungi pihak IPT.

Mempunyai akaun SSPN

Anda diwajibkan untuk membuka akaun SSPN terlebih dahulu. Untuk pembukaan [KLIK SINI]

Membuat semakan jadual permohonan

Anda hendaklah membuat semakan jadual permohonan pinjaman untuk memudahkan urusan pembiayaan. [KLIK SINI]
**Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar.

Permohonan Kali Pertama

Untuk permohanan kali pertama anda boleh merujuk pada gambar yang disediakan disebelah ini. Klik butang dibawah jika ingin membuat permohonan.
**Untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar.

Permohonan Kali Kedua

Untuk permohanan kali kedua dan seterusnya anda boleh merujuk pada gambar yang disediakan disebelah ini. Klik butang dibawah jika ingin membuat permohonan.
Pengenalan Umum
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

Akta Institut Teknologi MARA 1976;

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;

Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan

Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi.
Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*

  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;

  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;

  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

  8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Jumlah Pinjaman Ditawarkan

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PINJAMAN KELAYAKAN

Maksimum

Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

75% daripada pinjaman maksimum

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR)

50% daripada pinjaman maksimum

Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR)

Program Sepenuh Masa

Institusi Peringkat Pengajian Jumlah Pinjaman Setahun Mengikut Peringkat
Maksimum
(RM)
75%
(RM)
50%
(RM)
Universiti Awam, Politeknik & Kolej komuniti Integrasi/ Diploma 4,750 3,560 2,380
Ijazah Sarjana Muda (Sains) 6,650 4,990 3,330
Ijazah Sarjana Muda (Sastera) 6,180 4,630 3,090
Ijazah Sarjana (Master) 9,500 7,130 4,750
Doktor Falsafah (PhD) 24,700 18,530 12,350
Kursus Profesional 5,700 4,280 2,850
IPTS Foundation 6,800 5,100 3,400
Diploma 6,800 5,100 3,400
Diploma (Farmasi, Pergigian & Sains Kesihatan) 12,750 9,560 6,380
Ijazah Sarjana Muda (Sains) 14,030 10,520 7,010
Ijazah Sarjana Muda (Sastera) 13,600 10,200 6,800
Ijazah Sarjana Muda (Farmasi, Pergigian & Sains Kesihatan) 17,000 12,750 8,500
Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) * 50,000 * 37,500 * 30,000

Program Separuh Masa

Pengajian Separuh Masa
Institusi Peringkat Pengajian Jumlah Pinjaman Siling Setahun
(RM)
Universiti Awam & Politeknik Diploma 4,750
Ijazah Sarjana Muda 6,180
Ijazah Sarjana (Master) 9,500
Doktor Falsafah (PhD) 24,700
Kursus Profesional 5,700
IPTS Diploma * 5,050
Ijazah Sarjana Muda * 5,470

Nota: * Berkuatkuasa mulai Januari 2018

  1. Jumlah pinjaman pendidikan sebenar ditentukan mengikut yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi jumlah siling yang ditetapkan.
  2. Pinjaman untuk Separuh Masa IPTS disediakan bagi Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tun Abdul
    Razak (UniRazak), Asia E Universiti dan UNITAR sahaja.

 

Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.

Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan

  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.

Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.

Perlindungan Takaful

Skim pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi peminjam yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.

Pemberhentian Pinjaman

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  1. Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;

  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;

  3. Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau

  4. Peminjam diisytihar muflis.

Selamat Menuju Ke Menara Gading

Manfaatkan Saat Ini..

Kongsikan bersama-sama kenalan anda di laman sosial sekarang