MAKLUMAN:
Promosi Ganjaran Kesetiaan SSPN 2022 telah tamat pada 30.04.2022. Jika mempunyai sebarang persoalan boleh berhubung dengan khidmat pelanggan kami 03-2193 3000.

Ganjaran Untuk Semua
Ganjaran Kesetiaan SSPN Prime
Merupakan pemberian ganjaran tambahan oleh PTPTN kepada "pendeposit SSPN Prime yang setia" sebagai tanda penghargaan di samping pemberian dividen tahunan.
Pendeposit perlu membuat semakan terlebih dahulu untuk melayakkan penyertaan ini.
Lebih Kompetitif Untuk Pendeposit
Dividen Simpan SSPN 2021
Teruskan menyimpan dalam Simpan SSPN Prime dan nikmati pelbagai keistimewaan diberikan.

Syarat Kelayakan Ganjaran
Terbuka SSPN Prime
Penambahan Deposit
Ganjaran 1%
Pengeluaran
Kekal Aktif
Semakan Pendeposit Ganjaran Kesetiaan
Tahukah anda?
Deposit terkumpul
RM10.88 bilion sehingga Disember 2021.
Ini merupakan satu angka yang sangat membanggakan khas untuk semua keluarga SSPN sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004.
0
Akaun SSPN dibuka tahun 2021
0
Jumlah Deposit tahun 2021
0
Peningkatan berbanding 2020

Pengalaman Bersama SSPN
Apa Kata Pendeposit SSPN yang Setia?
Mereka tahu bahawa SSPN bukanlah sekadar simpanan sahaja, malahan pelbagai keistimewaan diberikan untuk semua pendeposit yang setia.
“Simpanan pendidikan terbaik dengan yang perlu dimanfaatkan.”
“Dividen dan ganjaran SSPN manarik saya untuk bersama SSPN.”
"SSPN adalah pihak terbaik bagi saya kerana keistimewaan tiada ditawarkan lain-lain tempat.”
“SSPN adalah pilihan terbaik untuk anak-anak saya demi masa depannya”
Apakah yang dimaksudkan dengan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022?
Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 merupakan pemberian ganjaran tambahan oleh PTPTN kepada ‘pendeposit Simpan SSPN Prime yang setia’ sebagai tanda penghargaan di samping pemberian dividen tahunan. Berbeza dengan dividen, Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 diberikan atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.
Bilakah kempen ini bermula?
Kempen ini bermula pada 22 Februari 2022 dan berakhir pada 30 April 2022.
Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
Kempen ini adalah untuk pendeposit Simpan SSPN Prime yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:-
i. Membuka akaun Simpan SSPN Prime sebelum tahun 2019;
ii. Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa) tanpa ada pengeluaran daripada mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen.
Berapakah nilai Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 yang ditawarkan di dalam kempen ini?
Kadar Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 yang ditawarkan adalah sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat manakala jumlah maksimum Ganjaran Kesetiaan yang akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak adalah RM8,000 untuk setiap akaun, tertakluk kepada jumlah sebenar simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.
Adakah pendeposit layak menerima Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 sekiranya telah mengeluarkan wang daripada akaun Simpan SSPN Prime yang lain (akaun yang tidak layak di dalam kempen ini) semasa tempoh kempen berlangsung?
Tidak layak, kerana ia dikira pengeluaran di bawah pendeposit yang sama.
Bilakah pemberian Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak?
Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun yang layak pada bulan Ogos 2022. Pendeposit hendaklah memastikan tiada pengeluaran simpanan daripada akaun yang layak sehingga 31 Julai 2022 bagi
melayakkan pemberian ini.
Adakah Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 layak dividen tahunan?
Layak, ini merupakan nilai tambah yang diberikan oleh PTPTN kepada pendeposit.
Adakah Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 layak untuk potongan cukai di bawah Simpan SSPN?
Tidak layak, ini adalah kerana Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 yang ditawarkan kepada pendeposit tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan yang layak dituntut oleh pendeposit. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja
Di manakah pendeposit boleh membuat penambahan simpanan Simpan SSPN Prime?
Pendeposit boleh membuat penambahan simpanan secara online dengan melayari portal rasmi, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
MUAT TURUN SOALAN LAZIM (KLIK SINI)