Panduan Pembukaan Akaun SSPN Prime
MENGGUNAKAN WEB APLIKASI MYPTPTN
Maklumat Pembukaan
Pendeposit / Penerima Manfaat
Penerima Manfaat: Anak / anak jagaan yang ingin didaftarkan.
Deposit RM20
Pendeposit perlu membuat deposit minima RM20 untuk pembukaan akaun baharu untuk penerima manfaat. Akaun akan aktif sampai bila-bila.
Warganegara
Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara untuk membuat pembukaan akaun SSPN Prime.
Panduan Mengisi Pembukaan Akaun Secara "Online"
Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuka akaun SSPN Prime dan klik pada gambar panduan untuk paparan lebih jelas.
Sila klik pada pautan pembukaan akaun dibawah:
【KLIK SINI】
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing
1. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (NIRC) anda.
Disarankan anda untuk menggunakan paparan Webbrowser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk mendapat kualiti terbaik.
.
Langkah 3
3. Sila klik pada paparan "Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime".
Langkah 4
4. Sila klik pada "Buka Akaun".
Maklumat Pendeposit: Nama, No. Kad Pengenalan adalah janaan automatik berdasarkan akaun myPTPTN yang anda daftarkan.
5. Sila Pilih Jenis Akaun
*Nota:
Bagi pelajar ingin Memohon Pinjaman PTPTN.
➠Mestilah berumur melebihi 18 tahun anda boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “Diri Sendiri” pada ruangan Jenis Akaun.
➠Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak sendiri atau anak jagaan sah/anak tiri (Pilih “Anak Kandung” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan taksiran cukai.
Langkah 6
Paparan Maklumat Penerima Manfaat (PM) dan Waris Terdekat.
6. Sila masukkan No. Kad Pengenalan penerima manfaat.
Nota: Nama penerima manfaat adalah janaan automatik berdasarkan No. Kad Pengenalan PM.
Maklumat Waris Terdekat
7. Sila masukkan nama penuh waris terdekat.
8. Sila masukkan No. Kad Pengenalan waris.
9. Sila masukkan no. tel. waris.
Nota 1: Nama penerima manfaat adalah janaan automatik berdasarkan No. Kad Pengenalan PM.
Nota 2: Maklumat penerima manfaat tidak dipaparkan jika anda memilih jenis akaun "Diri Sendiri".
Langkah 7 - Paparan Pembayaran.
10.Sila masukkan amaun deposit pembukaan akaun. Minimum deposit pembukaan adalah RM20 sahaja.
11.Masukkan Kod Eksekutif PTPTN (EP) iaitu: 000002008
(Kegagalan memasukkan KOD EP menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)
12.Sila klik tick "Saya dengan ini memohon..."
13. Klik seterusnya.
Langkah 8 - Paparan Pembayaran.
14. Sila pilih bank pembayar anda. Pastikan akaun bank anda tersebut mempunyai online banking.
15. Sila klik "Sah & Bayar"
Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.
Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.
*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" / "FPX Transaction" / Resit daripada Bank Pembayar untuk simpanan atau rujukan akan datang.
Langkah 9
☛ PENTING: RESIT 1 - Bank Pembayar
Sila simpan resit bank pembayar. Anda disarankan untuk mencetak, atau screenshot/snap resit ini untuk simpanan dan rujukan.
16. Sila klik "Return to..."
Langkah 10 - Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.
➠Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN Prime anda telah berjaya.
17. Sila klik "Tutup"
Langkah 11
☛ PENTING: RESIT 2 - MYPTPTN FPX ONLINE
Sila simpan resit MYPTPTN FPX Online. Anda disarankan untuk mencetak, atau screenshot/snap resit ini untuk simpanan dan rujukan.
[1] No. Akaun SSPN Prime akan dihantar secara automatik melalui emel selepas pembukaan akaun berjaya. Pendeposit boleh menggunakan no. akaun tersebut untuk membuat penambahan deposit atau permohonan pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN (bagi pelajar).
[2] Surat Akuan Pembukaan Akaun SSPN Prime akan dihantar melalui emel setelah kami menerima maklumat lengkap daripada anda. Proses maklum balas akan diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja. Sila hubungi kami jika perlukan bantuan.
Langkah 12
☛ PENTING:
Surat Pengesahan "Akuan Pembukaan Akaun SSPN Prime"
➠ Untuk mendapatkan surat "Akuan Pembukaan Akaun SSPN Prime", anda perlu emel dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan emel dibawah:
Emel:
Tajuk Emel: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN Prime
Alamat Emel: [email protected]
Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (NIRC) Pendeposit
(tanpa simbol "-", contoh: 870101095147) serta Lampirkan / attach resit "RESIT 1- Bank Pembayar FPX atau RESIT 2- MYPTPTN FPX Online" yang telah disimpan / screenshot pada Langkah 9 serta 11, dan hantarkan melalui emel diatas.